feel free to navigate around. FOLLOW | DASHBOARD.
What About You?


entries | profile | tagboard

Tuesday, December 6, 2011
cara makan ikut sunnah nabi

assalamualaikum and hi !

Hi ! hari ni teringin nak buat entry yang berguna dan sesuai dikongsi kepada semua orang. ucapan terima kasih kepada cik mokhrus athirah sebab bagi idea ni. actually aku tak tau nak buat entry pasal apa. dia pon bagi lah idea pasal sunnah nabi . so aku pon okay je . sebab aku ni tak pernah lah lagi buat entry pasal info2 menarik ni. thanks you mokhrus .



aku harap kan entry ni sedikit sebanyak membantu korang. entry ni pasal pemakanan . ala maklumlah . sekrang ni masa cuti . tabiat pemakanan kita pon tak teratur *aku je lah . sebab ramai sangat complain berat badan ni . so mari lah kita mengikut sunnah nabi . berkat makanan kita tu




antara amalan pemakanan sihat mengikut sunnah rasulullah


“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).





Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

 Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

tu sahaja yang boleh aku short kan. hewhew . credit kepada islamituindah.my   sebab share kan info ni. kalau korang nak baca yang panjang dan lebih banyak tips bukak lah islamituindah . banyak yang kita boleh pelajari dekat dalam itu . happy blogwalking yaa !


p/s: siap pon entry aku . ala copy and paste je ! terima kasih kerana membaca. jumpa di lain entry ! adios ! kbye !


0 loner (s)
OLD | NEW
Template by Puffnuts. Background by FPA and icons by Applepine.